My Exclusive ECWID Store

CONTACT/HUBUNGI iFAN & SYARAT-SYARAT PEMBELIAN


 Ido Firadyanie Art Nouveau,
(Established Since 1973)

CONTACT EXECUTIVE:

Muhammad Firdaus bin Sidek,
No.8, Lorong 8,
Tongkang Pechah, 83010,
Batu Pahat Johor

Tel/SMS: +6012-632 4529
or WhatsApp: +6012-6324529

email: firadyanie@gmail.com /ifanassociate@gmail.com OR


Syarat-syarat Pembelian



 

Umum

1. Apabila anda membeli sebarang produk (Avery Birdnest, TableCloths, Ifan Music Albums, Edge Properties (agent), www.Amazon.com (affiliate), www.ClickBank.com (affiliate) dan/atau Public Mutual Berhad Unit Trusts (agent) ) dan/atau perkhidmatan lain (www.idofiradyanieartnouveou.blogspot.com, www.facebook.com/ifan-global-trade, www.twitter.com/Firadyanie),    anda mengikat perjanjian yang sah di sisi undang-undang dengan kami di Ifan Music & Art Enterprise (www.ifanpro.online) berdasarkan Syarat-syarat Pembelian ini. Setiap pesanan yang anda gunakan untuk membeli Produk dan/atau Perkhidmatan akan dirujuk sebagai "Pesanan".

2. Anda harus membaca Syarat-syarat Pembelian ini dengan Syarat-syarat PenggunaanPolisi Privasi Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Kuki. Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi digabungkan ke dalam Syarat-syarat Pembelian secara rujukan.

3. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten antara Syarat-syarat Pembelian, Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi Perlindungan Data Peribadi, Syarat-syarat Pembelian ini akan mengatasi yang lain-lain.

4. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengubah suai Syarat-syarat Pembelian ini tanpa liabiliti dan tanpa notis terdahulu kepada anda. Syarat-syarat Pembelian yang diubah suai akan disiarkan di Laman Web (
www.ifanpro.online), dan akan berkuat kuasa mulai tarikh ia disiarkan. Anda dinasihatkan supaya menyemak Syarat-syarat Pembelian ini secara kerap kerana mungkin terdapat kemas kini, sebelum membeli sebarang Produk/Perkhidmatan di Laman Web.


5. Anda memahami bahawa anda mesti menyediakan perkhidmatan telekomunikasi, komputer dan kelengkapan atau perkhidmatan lain yang diperlukan untuk mengakses Laman Web (
www.ifanpro.online), dan anda sendiri menanggung kosnya. Anda mesti mematuhi semua peraturan yang dikenakan terhadap cara yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web (contohnya akses Internet).


6. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Laman Web tidak dijangkiti virus tetapi kami tidak menjamin bahawa Laman Web adalah bebas daripada virus atau kandungan lain yang berniat jahat. Laman Web kami (
www.ifanpro.online), diurus-selia oleh Google AdSense, Blogger.com dan AliBaba.com.


7. Semua keputusan dan penentuan yang dibuat oleh kami di bawah Syarat-syarat Pembelian ini adalah muktamad.

Produk – Deskripsi dan Harga

8. Kami boleh mengalihkan buat sementara waktu atau selama-lamanya sebarang Produk dan/atau Perkhidmatan daripada Laman Web pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis kepada anda.

9. Semua Produk yang dijual melalui Laman Web adalah untuk kegunaan peribadi dan juga seisi rumah kecuali dinyatakan dengan jelas. Melainkan produk-produk seperti Properties dan Unit Trusts boleh digunakan untuk industri dan pelaburan.

10. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua maklumat di Laman Web, termasuk deskripsi Produk dan/atau Perkhidmatan serta harga yang disenaraikan adalah tepat sepanjang masa.

11. Gambar dan imej di Laman Web adalah nyata dan sahih. Untuk deskripsi yang lebih tepat tentang sebarang Produk dan perincian yang disertakan dengan Produk, sila baca deskripsi Produk.

12. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua harga Produk yang dipaparkan di Laman Web adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk cukai yang dikenakan.


13. Walau bagaimanapun, harga Produk tidak termasuk caj Perkhidmatan, yang akan ditambahkan pada jumlah harga Pesanan anda.

14. Kami berhak untuk mengubah harga, Produk, deskripsi Produk, Perkhidmatan, deskripsi Perkhidmatan dan tawaran istimewa pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami.

Membuat Pesanan

15. Apabila anda membuat Pesanan, anda menjelaskan dan menjamin kepada kami bahawa:

(a) anda berusia 18 tahun ke atas;

(b) jika anda berusia kurang daripada 18 tahun, anda telah memperoleh keizinan daripada ibu bapa atau penjaga anda untuk membuat Pesanan;

(c) anda diberi kuasa yang sewajarnya untuk menempah Pesanan menggunakan akaun pelanggan.


16. Anda juga perlu memberi kami alamat e-mel yang aktif dan nombor telefon supaya kami dapat menghubungi anda dengan mudah.

17. Pesanan anda dianggap sebagai tawaran untuk membeli Produk dan/atau Perkhidmatan daripada kami pada harga yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan pesanan.

18. Selepas membuat Pesanan anda, anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan. Ini mengandungi nombor pesanan, perincian Produk & Perkhidmatan yang telah anda pesan dan jumlah kos Pesanan.

19. E-mel pengesahan Pesanan tidak merupakan penerimaan Pesanan anda oleh kami.

20. Jualan Produk adalah tertakluk pada ketersediaan. Jika sebarang Produk yang anda pesan telah kehabisan stok, kami akan menghubungi anda.

21. Pesanan anda hanya diterima oleh kami apabila kami menghantar e-mel Pemberitahuan Penghantaran kepada anda.

Penghantaran Pesanan

22. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami seperti PosLaju dan DHL Express.

23. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami. Anda mengakui bahawa perkhidmatan penghantaran sedemikian dibekalkan terus kepada anda oleh mereka.

24. Caj penghantaran adalah berdasarkan penghantaran satu Pesanan ke satu alamat di Malaysia. Caj penghantaran promosi mungkin diberikan mengikut budi bicara kami dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum Pesanan disahkan.

25. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tarikh dan masa penghantaran pilihan anda. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami tidak dapat berbuat demikian. Apabila ini berlaku, kami akan menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran.

26. Anda harus memberitahu kami tentang sebarang sekatan atau kesukaran penghantaran untuk mengakses hartanah anda apabila anda membuat Pesanan, dan memastikan bahawa kebenaran yang berkaitan diperoleh daripada pihak pengurusan bangunan/kediaman sebelum tarikh penghantaran yang dijadualkan. Jika kami tidak dapat menghantar pada tarikh dan masa penghantaran yang disahkan akibat kesukaran untuk mengakses hartanah anda, caj penghantaran semula akan dikenakan untuk cubaan penghantaran seterusnya. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda sebelum menerima caj penghantaran semula.

27. Penyedia perkhidmatan kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menunggu anda memberi mereka akses ke hartanah anda kerana mereka juga perlu memenuhi penghantaran lain yang telah dijadualkan untuk hari tersebut. Jika mereka beredar, sebarang cubaan untuk penghantaran semula akan dikenakan caj penghantaran semula.

28. Semasa penghantaran, anda bertanggungjawab untuk memeriksa Produk dan keadaan bungkusan serta memastikan bilangan bungkusan yang betul telah dihantar. Anda akan diminta untuk menandatangani bukti penghantaran untuk mengesahkannya. Jika terdapat sebarang masalah, anda harus memperincikan ini dengan sewajarnya dalam bukti penghantaran. Jika anda enggan menandatangani dokumen penghantaran, ini akan dianggap sebagai keengganan untuk menerima penghantaran.

29. Sila rancang supaya anda ada untuk menerima penghantaran anda. Jika anda tidak ada, mesti terdapat seseorang yang berusia 18 tahun ke atas yang boleh menerima penghantaran bagi pihak anda, dan anda bersetuju bahawa kami boleh bergantung pada arahan orang tersebut seolah-olah arahan itu datang daripada anda sendiri. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengesahkan bahawa orang tersebut telah diberi kuasa oleh anda untuk menerima penghantaran Pesanan. Penyedia perkhidmatan kami tidak dibenarkan untuk meninggalkan sebarang Produk yang belum ditandatangani. Sekiranya penghantaran yang dijadualkan tidak berjaya, caj penghantaran semula akan dikenakan untuk cubaan penghantaran seterusnya. Jika tarikh penghantaran anda yang baharu melebihi 5 hari dari tarikh Pesanan anda, anda mungkin dikenakan caj storan pada kadar semasa. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda atau memberikan sebarang perkhidmatan tambahan yang telah diminta sebelum kami menerima caj tambahan (jika berkaitan).

30. Sekiranya tidak terdapat kemudahan lif/produk tidak boleh dimuat ke dalam lif dan penghantaran terpaksa dilakukan menggunakan tangga untuk alamat penghantaran yang terletak di dalam bangunan dari tingkat 3 ke atas, caj Perkhidmatan akan dikenakan. Perkhidmatan ini hanya disediakan sehingga tingkat 5 dan caj Perkhidmatan harus dibayar terus kepada Penyedia Perkhidmatan kami.

31. Sekiranya berlaku keadaan yang tidak diduga (seperti kerosakan lori, kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas besar atau cuaca buruk), kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghubungi anda untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran alternatif.

32. Sebelum penghantaran, sila pastikan bahawa terdapat akses dan ruang yang mencukupi di samping kesesuaian tangga dan lif yang memberikan akses untuk penghantaran. Sila alihkan objek-objek yang boleh terjejas semasa penghantaran, seperti lampu, vas, gambar dan lain-lain.

33. Segala usaha akan diambil untuk menghantar Produk ke alamat yang anda tetapkan, dengan syarat bahawa penghantaran itu selamat dan boleh dilaksanakan. Jika penyedia perkhidmatan kami berpendapat bahawa keselamatan kakitangan mereka atau orang-orang lain akan terjejas akibat penghantaran Produk ke alamat yang ditetapkan atau cubaan penghantaran berkemungkinan menyebabkan kerosakan pada Produk atau hartanah di alamat yang ditetapkan (termasuk di sekitar hartanah), mereka akan memberitahu anda. Jika anda masih memutuskan untuk meneruskan penghantaran, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan ke atas Produk atau hartanah.

34. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan pada hartanah anda jika anda gagal mematuhi bahagian Penghantaran Pesanan ini.

Penukaran dan Pembatalan Perkhidmatan

35. Sebarang penukaran dan pembatalan Perkhidmatan tidak dibenarkan selepas bayaran disahkan. Sila hubungi kami di talian +6012 632 4529 untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Pemulangan

36. Anda boleh memulangkan sebarang Produk dalam masa 365 hari dari tarikh Pesanan anda, asalkan Produk itu:

(a) masih baharu;

(b) belum digunakan;

(c) mempunyai bungkusan yang masih dalam keadaan baik (jika berkaitan);

(d) mengikut budi bicara mutlak kami, dalam keadaan boleh dijual semula jika sudah diguna; dan

(e) memenuhi sebarang kriteria pemulangan lain yang mungkin dikenakan oleh kami dari semasa ke semasa.

37. Kami hanya akan memproses bayaran balik anda selepas kami menerima dan memeriksa Produk yang dipulangkan. Semua bayaran balik akan dibuat melalui kaedah pembayaran asal anda jika berkaitan.

38. Caj perkhidmatan (jika berkaitan) tidak akan dibayar balik, kecuali dibenarkan oleh kami.

39. Anda boleh memulangkan produk terus di gedung kami di No. 8, Lorong 8, Tongkang Pechah, 83010 Batu Pahat, Johor Darul Takdzim.

40. Anda boleh menghubungi kami di talian +6012 632 4529 jika anda memerlukan penyedia perkhidmatan kami mengambil Produk dari alamat anda. Anda perlu memberi kami nombor Pesanan anda dan perincian Produk yang akan dipulangkan. Caj  pengambilan akan dikenakan, kecuali anda memulangkan Produk kepada kami akibat kesilapan kami. Kami akan memberitahu anda tentang caj tersebut apabila kami memproses permintaan anda. Selepas menerima caj pengambilan yang berkaitan, kami akan mengaturkan penyedia perkhidmatan kami untuk mengambil Produk dari alamat anda.


41. Jika anda memilih untuk memulangkan Produk di gedung, anda perlu membawa salinan cetak invois elektronik dan kad pembayaran yang anda gunakan untuk membayar Produk jika berkaitan.

Liabiliti Kami

42. Semua Produk dibekalkan "seperti yang sedia ada". Kami, ahli gabungan, pegawai dan pekerja kami tidak memberi jaminan, gambaran atau waranti, sama ada nyata atau tersirat, berhubung dengan kualiti atau kesesuaian untuk tujuan tertentu sebarang Produk.

43. Dalam apa pun keadaan, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh anda atau orang lain yang timbul daripada sebarang:

(a) pengubahsuaian Produk yang tidak dibenarkan oleh kami secara bertulis;

(b) penggunaan Produk dengan cara yang tidak dibenarkan oleh kami secara bertulis, atau dengan cara yang tidak mengikut cara Produk akan digunakan oleh seseorang yang munasabah;

(c) sikap yang tidak mengendahkan arahan atau garis panduan keselamatan yang telah kami tetapkan; dan/atau

(d) kegagalan untuk mematuhi Syarat-syarat Pembelian ini.

44. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda di bawah kontrak, tort, statut atau sebaliknya untuk apa-apa: (i) kerugian atau kerosakan tidak langsung, turutan, kolateral, khas atau sampingan; (ii) kehilangan hasil, keuntungan, penjimatan atau perniagaan yang dijangkakan, kehilangan data atau nama baik, kehilangan kegunaan atau nilai sebarang kelengkapan, tuntutan pihak ketiga atau apa-apa kos atau perbelanjaan berkaitan dan sampingan; atau (iii) kerugian yang tidak dapat diramalkan dengan sewajarnya pada masa Pesanan anda diterima, dalam setiap kes yang dialami atau ditanggung oleh anda berhubung dengan sebarang Pesanan, sebarang Produk atau sebarang perkhidmatan yang diperoleh di bawah Syarat-syarat Pembelian ini atau sebaliknya.

45. Apa-apa syarat atau waranti yang mungkin tersirat atau dimasukkan ke dalam Syarat-syarat Pembelian ini oleh sebab statut atau common law atau sebaliknya (termasuk waranti tentang kebolehdagangan, kesesuaian, kualiti yang memuaskan dan kelayakan untuk tujuan) dengan ini dikecualikan dengan nyata setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

46. Tertakluk pada perkara di atas dan bukti yang memuaskan, keseluruhan liabiliti kami kepada anda untuk tuntutan berhubung dengan sebarang Pesanan, sama ada di bawah Syarat-syarat Pembelian ini atau sebaliknya, akan terhad kepada harga Pesanan.

47. Walaupun terdapat batasan dalam perenggan di atas, kami tidak mengehadkan liabiliti kami kepada anda terhadap kematian, kecederaan diri atau penipuan dalam apa cara sekali pun.

48. Apabila anda membeli sebagai pengguna, Syarat-syarat Pembelian ini tidak akan menjejaskan hak anda di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.

Invois Elektronik dan Nota Kredit

49. Anda bersetuju bahawa semua invois cukai atau nota kredit berhubung dengan sebarang Pesanan yang dibuat di Laman Web akan diberikan kepada anda secara elektronik melalui alamat e-mel yang telah anda bekalkan kepada kami. Tiada invois salinan cetak akan diberikan kepada anda. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kebimbangan berkaitan dengan penerimaan invois elektronik dan nota kredit anda, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang diberikan dalam perenggan 58 di bawah.

Force Majeure

50. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk mematuhi Syarat-syarat Pembelian ini jika kelewatan atau kegagalan tersebut timbul daripada apa-apa kejadian yang berada di luar kawalan munasabah kami. Kejadian-kejadian sedemikian termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kebakaran, banjir, gempa bumi, ribut, bencana alam, peperangan, kekacauan awam, tindakan keganasan atau kerosakan yang berniat jahat yang menimpa atau pemusnahan premis, kelengkapan atau barang-barang kami.

 

Keseluruhan Perjanjian

51. Kecuali dinyatakan sebaliknya di sini, Syarat-syarat Pembelian ini merangkumi semua terma dan syarat yang disetujui antara kita tentang penjualan dan pembelian Produk dan/atau Perkhidmatan yang diterangkan di sini, dan membatalkan semua cadangan, perjanjian, gambaran dan aku janji, jika ada, antara kita berhubung dengan perkara tersebut, sama ada bertulis atau lisan, walaupun terdapat peruntukan dalam mana-mana perjanjian terdahulu bahawa apa-apa hak atau peruntukan tersebut masih kekal selepas penamatannya.

Penepian

52. Jika anda melanggar mana-mana bahagian dalam Syarat-syarat Pembelian ini dan kami tidak mengambil tindakan, ini tidak bermakna bahawa kami mengetepikan hak kami terhadap anda, dan kami masih berhak untuk melaksanakan hak dan remedi kami kemudian hari atau dalam mana-mana situasi lain apabila anda melanggar lagi Syarat-syarat Pembelian ini.

Ketaksahan

53. Sekiranya satu atau lebih syarat yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Pembelian ini dianggap tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa, ia akan dianggap terubah suai sehingga takat minimum yang perlu untuk menjadikannya sah, menurut undang-undang dan boleh dikuatkuasakan dan syarat-syarat yang selebihnya akan terus menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan.

Privasi

54. Maklumat peribadi, seperti butiran hubungan anda, yang anda berikan kepada kami semasa proses Pesanan akan disimpan dan digunakan oleh kami mengikut

Polisi Privasi Perlindungan Data Peribadi kami

Di Ifan Music & Art Enterprise (www.ifanpro.online), kami komited dalam melindungi maklumat peribadi dan privasi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).

Sila baca Polisi Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi yang kami perolehi daripada anda. Dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dengan ini memberikan kebenaran dengan Polisi Privasi ini dan dengan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang tertakluk dalam Polisi Privasi ini.

54.1. Pengumpulan dan Sumber Data Peribadi

54.1.1 Kami boleh mengumpul dan mendapatkan data peribadi anda daripada pelbagai sumber tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

i. Secara terus daripada anda dengan apa juga cara permintaan

ii. Diperoleh daripada sumber yang telah diterbitkan atau melalui sumber lain yang sah

iii. Melalui laman web atau daripada simpanan dalam laman sesawang;

iv. Diperoleh daripada pelbagai entiti atau Divisyen didalam Kumpulan Syarikat; dan

v. Diperoleh daripada pihak ketiga.

54.1.2 Bagi tujuan Notis Privasi ini, Data Peribadi bermaksud maklumat berkenaan anda, daripada anda dikenalpasti, termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama anda, umur, telefon, telefon peribadi dan nombor faks, alamat email, alamat tempat tinggal dan/atau pejabat, number passport atau nombor kad pengenalan, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, bangsa, warganegara, pekerjaan, maklumat anak-anak, gambar, dan suara atau sebarang bentuk audio dan/atau video, anggaran pendapatan, maklumat majikan terkini atau sebelum, maklumat bank, keutamaan atau kesukaan peribadi andabagi membolehkan pihak kami menyesuaikan memberikan perkhidmatan kepada anda dan sebarang maklumat lain tentang anda untuk diberikan kepada kami dari masa ke semasa.

54.2. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi anda yang diberikan akan diproses oleh kami bagi tujuan berikut jika berkenaan:

i. Memberikan penjagaan kepada pelanggan dan meningkatkan kepuasan pengguna termasuklah tetapi tidak terhad kepada menyelesaikan aduan, berhubung dengan atau maklumbalas kepada sebarang permintaaan dan pertanyaan.

ii. Mempromosi, Mengiklan dan meningkatkan perkhidmatan kami;

iii. Sumber Manusia, tujuan pengambilan pekerjaan.

iv. Simpanan dan memproses data peribadi berkaitan pengguna, pembekal dan lain-lain di dalam sistem simpanan data;

vi. Bagi tujuan mengeluarkan bil, cukai dan/atau audit;

vii. Bagi tujuan informasi dan keselamatan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada menguruskan e-mail, mengawal dan memeriksa sebarang isu berkaitan keselamatan, mudah terdedah dan/atau insiden berkaitan;

viii. Tujuan perundangan (termasuklah tetapi tidak terhad kepada mendapatkan khidmat nasihat dan penyelesaian perbezaan pendapat;

ix. Mendedahkan data peribadi kepada agensi kerajaan dan/atau pihak ketiga yang dibenarkan di dalam akta dan/atau dibawah tanggungjawab kami; dan

x. Bagi tujuan yang munasabah dalam sebarang transaksi.

 

54.3. Pendedahan

Data peribadi anda boleh didedahkan oleh Syarikat kepada pihak yang berkaitan:

i. Agensi penguatkuasa undang-undang.

ii. Agensi Kerajaan

iii. Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, pengeluar, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat berkelayakan.

iv. Syarikat dan/atau organisasi yangmembantu kami memproses dan/atau melengkapkan transaksi dan memberikan permintaan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda.

v. Rakan perniagaan kami dan pihak lain yang berkaitan bagi tujuan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda.

vi. Sebarang agensi kewangan, agen pengutip hutang yang dibenarkan dalam undang-undang tetapi tertakluk kepada yang dibenarkan kepada kami.

vii. Pihak lain yang mana anda telah berikan kebenaran secara tertulis atau tersirat.


54.4. Perlindungan Data

Kami akan menyimpan dan proses data anda secara selamat. Kami berazam untuk melaksanakan pentadbiran yang bersesuaian dan melindungi keselamatan dan prosedur berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi mengelakkan data peribadi anda diproses tanpa kebenaran atau tidak sah serta data peribadi anda hilang atau musnah.

 

54.5. Simpanan

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda berdasarkan pematuhan kepada Polisi ini dan/atau mengikut terma dan syarat perjanjian anda dengan Ifan Music & Art Enterprise bagi tempoh perhubungan anda dengan kami. Kami juga akan menyimpan maklumat berkaitan jika perlu bagi melindungi kepentingan Ifan Music & Art Enterprise dan/atau pelanggan kami. Oleh itu, kami berhak untuk menyimpan maklumat peribadi anda apabila diperlukan oleh undang-undang dan/atau polisi Ifan Music & Art Enterprise yang berkaitan. Kami juga akan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan semua data peribadi anda dimusnahkan secara tetap jika tidak lagi diperlukan bagi tujuan ianya diproses.

54.6. Kesan

Jika ditujukan (seperti contoh dalam borang pendaftaran/permohonan), adalah wajib bagi anda memberikan maklumat peribadi anda bagi membolehkan kami memproses permohonan anda bagi Produk dan/atau Perkhidmatan kami. Jika anda menolak untuk memberikan maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami.

54.7. Semakan & Pembetulan

Jika anda berhasrat untuk menyemak maklumat peribadi anda dalam pegangan kami, atau jika di dalam pendapat bahawa maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, tidak relevan atau bukan yang terbaru, anda boleh membuat permintaan dengan menghantar email kepada firadyanie@gmail.com / emailpro@ifanaffiliate.site. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kerisauan atau aduan berkaitan Polisi Peribadi ini, sila hubungi +6012-632 4529 semasa waktu pejabat (diantara 9.00am hingga 5.00pm, Isnin hingga Jumaat).

 

54.8. Kebenaran Pihak Ketiga

Dalam situasi yang mana kami mungkin memerlukan atau berurusan dengan pihak ketiga yang diberikan anda (seperti orang untuk dihubungi ketika kecemasan, rujukan, peguam, kontraktor, pegawai kewangan atau yang lain berkaitan). Kami percaya anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga tersebut bagi membolehkan kami memproses data peribadi mereka.

54.9. Perubahan kepada Polisi Syarikat

Kami mungkin mengubah Polisi Peribadi ini dari masa ke semasa dan versi yang terbaru akan digunapakai dan mengambil tempat keatas versi yang terdahulu, termasuklah tetapi tidak terhad kepada versi yang telah diterbitkan atau risalah lain. Sila semak laman web syarikat bagi mendapatkan versi yang terbaru.

 

Penyelesaian Pertikaian

55. Sekiranya anda ada pertikaian dengan kami, sila cuba selesaikannya dengan kami secara tidak rasmi dengan menghubungi kami di talian +6012 632 4529 atau firadyanie@gmail.comemailpro@ifanaffiliate.site.

Undang-undang dan Bidang Kuasa

56. Syarat-syarat Pembelian ini akan dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan anda dengan ini bersetuju menerima keputusan bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia yang tidak boleh ditarik balik.

Konflik

57. Sekiranya terdapat apa-apa konflik antara Syarat-syarat Pembelian ini dalam bahasa Malaysia yang sepadan dengannya maka Syarat-syarat Pembelian dalam bahasa Malaysia akan mengatasinya.

 

Notis

58. Semua notis, permintaan dan komunikasi lain boleh dihantar kepada kami di:
Alamat: T1-6-3A, Pangsapuri Desamas, Jalan DM 1, Taman Desamas, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Nombor telefon: +6012-632 4529 [Call/WhatsApp/SMS – 24 hours except Saturday & Sunday + Public Holidays]

E-mel:  firadyanie@gmail.com


emailpro@ifanaffiliate.site.

No comments:

Post a Comment