Syarat-syarat
Pembelian
Umum
1. Apabila anda membeli sebarang produk
(Avery Birdnest, TableCloths, Ifan Music Albums, Edge Properties (agent), www.Amazon.com (affiliate), www.ClickBank.com
(affiliate) dan/atau
Public Mutual Berhad Unit Trusts (agent) ) dan/atau perkhidmatan lain (www.idofiradyanieartnouveou.blogspot.com,
www.facebook.com/ifan-global-trade, www.twitter.com/Firadyanie), anda mengikat perjanjian yang sah di sisi
undang-undang dengan kami di Ifan Music
& Art Enterprise (www.ifanpro.online)
berdasarkan Syarat-syarat Pembelian ini. Setiap pesanan yang anda gunakan untuk
membeli Produk dan/atau Perkhidmatan akan dirujuk sebagai "Pesanan".
2. Anda harus membaca Syarat-syarat Pembelian ini dengan Syarat-syarat
Penggunaan, Polisi Privasi
Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Kuki.
Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi digabungkan ke dalam Syarat-syarat
Pembelian secara rujukan.
3. Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten antara Syarat-syarat
Pembelian, Syarat-syarat Penggunaan dan Polisi Privasi Perlindungan Data
Peribadi, Syarat-syarat Pembelian ini akan mengatasi yang lain-lain.
4. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengubah suai Syarat-syarat Pembelian ini
tanpa liabiliti dan tanpa notis terdahulu kepada anda. Syarat-syarat Pembelian
yang diubah suai akan disiarkan di Laman Web (www.ifanpro.online), dan akan
berkuat kuasa mulai tarikh ia disiarkan. Anda dinasihatkan supaya menyemak
Syarat-syarat Pembelian ini secara kerap kerana mungkin terdapat kemas kini,
sebelum membeli sebarang Produk/Perkhidmatan di Laman Web.
5. Anda memahami bahawa anda mesti menyediakan perkhidmatan telekomunikasi,
komputer dan kelengkapan atau perkhidmatan lain yang diperlukan untuk mengakses
Laman Web (www.ifanpro.online),
dan anda sendiri menanggung kosnya. Anda mesti mematuhi semua peraturan yang
dikenakan terhadap cara yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web (contohnya
akses Internet).
6. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Laman Web tidak dijangkiti
virus tetapi kami tidak menjamin bahawa Laman Web adalah bebas daripada virus
atau kandungan lain yang berniat jahat. Laman Web kami (www.ifanpro.online), diurus-selia
oleh Google AdSense, Blogger.com dan AliBaba.com.
7. Semua keputusan dan penentuan yang dibuat oleh kami di bawah Syarat-syarat Pembelian
ini adalah muktamad.
Produk – Deskripsi dan Harga
8. Kami boleh mengalihkan buat sementara
waktu atau selama-lamanya sebarang Produk dan/atau Perkhidmatan daripada Laman
Web pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis kepada anda.
9. Semua Produk yang dijual melalui Laman Web adalah untuk kegunaan peribadi
dan juga seisi rumah kecuali dinyatakan dengan jelas. Melainkan produk-produk
seperti Properties dan Unit Trusts boleh digunakan untuk
industri dan pelaburan.
10. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa semua maklumat di Laman
Web, termasuk deskripsi Produk dan/atau Perkhidmatan serta harga yang
disenaraikan adalah tepat sepanjang masa.
11. Gambar dan imej di Laman Web adalah nyata dan sahih. Untuk deskripsi yang lebih
tepat tentang sebarang Produk dan perincian yang disertakan dengan Produk, sila
baca deskripsi Produk.
12. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua harga Produk yang dipaparkan di Laman
Web adalah dalam Ringgit Malaysia dan termasuk cukai yang dikenakan.
14.
Kami berhak untuk mengubah harga, Produk, deskripsi Produk, Perkhidmatan,
deskripsi Perkhidmatan dan tawaran istimewa pada bila-bila masa dan mengikut
budi bicara kami.
Membuat Pesanan
15. Apabila anda membuat Pesanan, anda
menjelaskan dan menjamin kepada kami bahawa:
(a) anda berusia 18 tahun ke atas;
(b) jika anda berusia kurang daripada 18 tahun, anda telah memperoleh keizinan
daripada ibu bapa atau penjaga anda untuk membuat Pesanan;
(c) anda diberi kuasa yang sewajarnya
untuk menempah Pesanan menggunakan akaun pelanggan.
16. Anda juga perlu memberi kami alamat e-mel yang aktif dan nombor telefon
supaya kami dapat menghubungi anda dengan mudah.
17. Pesanan anda dianggap sebagai tawaran untuk membeli Produk dan/atau
Perkhidmatan daripada kami pada harga yang dinyatakan dalam e-mel pengesahan
pesanan.
18. Selepas membuat Pesanan anda, anda akan menerima e-mel pengesahan pesanan.
Ini mengandungi nombor pesanan, perincian Produk & Perkhidmatan yang telah
anda pesan dan jumlah kos Pesanan.
19. E-mel pengesahan Pesanan tidak merupakan penerimaan Pesanan anda oleh kami.
20. Jualan Produk adalah tertakluk pada ketersediaan. Jika sebarang Produk yang
anda pesan telah kehabisan stok, kami akan menghubungi anda.
21. Pesanan anda hanya diterima oleh kami apabila kami menghantar e-mel
Pemberitahuan Penghantaran kepada anda.
Penghantaran Pesanan
22. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan
oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami seperti PosLaju dan DHL Express.
23. Semua perkhidmatan penghantaran dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami. Anda mengakui bahawa perkhidmatan penghantaran sedemikian dibekalkan terus kepada anda oleh mereka.
24. Caj penghantaran adalah berdasarkan
penghantaran satu Pesanan ke satu alamat di Malaysia. Caj penghantaran promosi
mungkin diberikan mengikut budi bicara kami dan boleh ditarik balik pada
bila-bila masa sebelum Pesanan disahkan.
25. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi tarikh dan masa penghantaran
pilihan anda. Walau bagaimanapun, ada kalanya kami tidak dapat berbuat
demikian. Apabila ini berlaku, kami akan menghubungi anda untuk mengatur semula
tarikh dan masa penghantaran.
26. Anda harus memberitahu kami tentang sebarang sekatan atau kesukaran
penghantaran untuk mengakses hartanah anda apabila anda membuat Pesanan, dan
memastikan bahawa kebenaran yang berkaitan diperoleh daripada pihak pengurusan
bangunan/kediaman sebelum tarikh penghantaran yang dijadualkan. Jika kami tidak
dapat menghantar pada tarikh dan masa penghantaran yang disahkan akibat
kesukaran untuk mengakses hartanah anda, caj penghantaran semula akan dikenakan
untuk cubaan penghantaran seterusnya. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan
untuk melengkapkan penghantaran Pesanan anda sebelum menerima caj penghantaran
semula.
27. Penyedia perkhidmatan kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk
menunggu anda memberi mereka akses ke hartanah anda kerana mereka juga perlu
memenuhi penghantaran lain yang telah dijadualkan untuk hari tersebut. Jika
mereka beredar, sebarang cubaan untuk penghantaran semula akan dikenakan caj
penghantaran semula.
28. Semasa penghantaran, anda bertanggungjawab untuk memeriksa Produk dan
keadaan bungkusan serta memastikan bilangan bungkusan yang betul telah
dihantar. Anda akan diminta untuk menandatangani bukti penghantaran untuk
mengesahkannya. Jika terdapat sebarang masalah, anda harus memperincikan ini
dengan sewajarnya dalam bukti penghantaran. Jika anda enggan menandatangani
dokumen penghantaran, ini akan dianggap sebagai keengganan untuk menerima
penghantaran.
30. Sekiranya tidak terdapat kemudahan
lif/produk tidak boleh dimuat ke dalam lif dan penghantaran terpaksa dilakukan
menggunakan tangga untuk alamat penghantaran yang terletak di dalam bangunan
dari tingkat 3 ke atas, caj Perkhidmatan akan dikenakan. Perkhidmatan ini hanya
disediakan sehingga tingkat 5 dan caj Perkhidmatan harus dibayar terus kepada
Penyedia Perkhidmatan kami.
31. Sekiranya berlaku keadaan yang tidak
diduga (seperti kerosakan lori, kemalangan jalan raya, kesesakan lalu lintas
besar atau cuaca buruk), kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghubungi anda
untuk mengatur semula tarikh dan masa penghantaran alternatif.
32. Sebelum penghantaran, sila pastikan bahawa terdapat akses dan ruang yang
mencukupi di samping kesesuaian tangga dan lif yang memberikan akses untuk
penghantaran. Sila alihkan objek-objek yang boleh terjejas semasa penghantaran,
seperti lampu, vas, gambar dan lain-lain.
33. Segala usaha akan diambil untuk menghantar Produk ke alamat yang anda
tetapkan, dengan syarat bahawa penghantaran itu selamat dan boleh dilaksanakan.
Jika penyedia perkhidmatan kami berpendapat bahawa keselamatan kakitangan
mereka atau orang-orang lain akan terjejas akibat penghantaran Produk ke alamat
yang ditetapkan atau cubaan penghantaran berkemungkinan menyebabkan kerosakan
pada Produk atau hartanah di alamat yang ditetapkan (termasuk di sekitar
hartanah), mereka akan memberitahu anda. Jika anda masih memutuskan untuk
meneruskan penghantaran, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa
kerosakan ke atas Produk atau hartanah.
34. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerosakan pada hartanah
anda jika anda gagal mematuhi bahagian Penghantaran
Pesanan ini.
Penukaran dan Pembatalan Perkhidmatan
35. Sebarang penukaran dan pembatalan
Perkhidmatan tidak dibenarkan selepas bayaran disahkan. Sila hubungi kami di
talian +6012 632 4529 untuk
mendapatkan bantuan lanjut.
Pemulangan
36. Anda boleh memulangkan sebarang
Produk dalam masa 365 hari dari tarikh Pesanan anda, asalkan Produk itu:
(a) masih baharu;
(b) belum digunakan;
(c) mempunyai bungkusan yang masih dalam keadaan baik (jika berkaitan);
(d) mengikut budi bicara mutlak kami, dalam keadaan boleh dijual semula jika
sudah diguna; dan
(e) memenuhi sebarang kriteria pemulangan lain yang mungkin dikenakan oleh kami
dari semasa ke semasa.
37. Kami hanya akan memproses bayaran
balik anda selepas kami menerima dan memeriksa Produk yang dipulangkan. Semua
bayaran balik akan dibuat melalui kaedah pembayaran asal anda jika berkaitan.
38. Caj perkhidmatan (jika berkaitan) tidak akan dibayar balik, kecuali
dibenarkan oleh kami.
39. Anda boleh memulangkan produk terus di gedung kami di No. 8, Lorong 8, Tongkang Pechah, 83010 Batu Pahat, Johor Darul Takdzim.
40. Anda boleh menghubungi kami di talian +6012
632 4529 jika anda memerlukan penyedia perkhidmatan kami mengambil Produk
dari alamat anda. Anda perlu memberi kami nombor Pesanan anda dan perincian
Produk yang akan dipulangkan. Caj pengambilan
akan dikenakan, kecuali anda memulangkan Produk kepada kami akibat kesilapan
kami. Kami akan memberitahu anda tentang caj tersebut apabila kami memproses
permintaan anda. Selepas menerima caj pengambilan yang berkaitan, kami akan
mengaturkan penyedia perkhidmatan kami untuk mengambil Produk dari alamat anda.
Liabiliti Kami
42.
Semua Produk dibekalkan "seperti yang sedia ada". Kami, ahli
gabungan, pegawai dan pekerja kami tidak memberi jaminan, gambaran atau waranti,
sama ada nyata atau tersirat, berhubung dengan kualiti atau kesesuaian untuk
tujuan tertentu sebarang Produk.
45. Apa-apa syarat atau waranti yang
mungkin tersirat atau dimasukkan ke dalam Syarat-syarat Pembelian ini oleh
sebab statut atau common law atau sebaliknya (termasuk waranti tentang
kebolehdagangan, kesesuaian, kualiti yang memuaskan dan kelayakan untuk tujuan)
dengan ini dikecualikan dengan nyata setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
46. Tertakluk pada perkara di atas dan
bukti yang memuaskan, keseluruhan liabiliti kami kepada anda untuk tuntutan
berhubung dengan sebarang Pesanan, sama ada di bawah Syarat-syarat Pembelian
ini atau sebaliknya, akan terhad kepada harga Pesanan.
47. Walaupun terdapat batasan dalam
perenggan di atas, kami tidak mengehadkan liabiliti kami kepada anda terhadap
kematian, kecederaan diri atau penipuan dalam apa cara sekali pun.
48. Apabila anda membeli sebagai pengguna, Syarat-syarat Pembelian ini tidak
akan menjejaskan hak anda di bawah undang-undang yang tidak boleh dikecualikan.
Invois Elektronik dan Nota Kredit
49.
Anda bersetuju bahawa semua invois cukai atau nota kredit berhubung dengan
sebarang Pesanan yang dibuat di Laman Web akan diberikan kepada anda secara
elektronik melalui alamat e-mel yang telah anda bekalkan kepada kami. Tiada
invois salinan cetak akan diberikan kepada anda. Sekiranya anda mempunyai
apa-apa pertanyaan atau kebimbangan berkaitan dengan penerimaan invois
elektronik dan nota kredit anda, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang
diberikan dalam perenggan 58 di bawah.
Force Majeure
50. Kami tidak akan bertanggungjawab
terhadap apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk mematuhi Syarat-syarat
Pembelian ini jika kelewatan atau kegagalan tersebut timbul daripada apa-apa
kejadian yang berada di luar kawalan munasabah kami. Kejadian-kejadian
sedemikian termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kebakaran, banjir, gempa bumi,
ribut, bencana alam, peperangan, kekacauan awam, tindakan keganasan atau
kerosakan yang berniat jahat yang menimpa atau pemusnahan premis, kelengkapan
atau barang-barang kami.
Keseluruhan Perjanjian
51. Kecuali dinyatakan sebaliknya di
sini, Syarat-syarat Pembelian ini merangkumi semua terma dan syarat yang
disetujui antara kita tentang penjualan dan pembelian Produk dan/atau
Perkhidmatan yang diterangkan di sini, dan membatalkan semua cadangan,
perjanjian, gambaran dan aku janji, jika ada, antara kita berhubung dengan
perkara tersebut, sama ada bertulis atau lisan, walaupun terdapat peruntukan
dalam mana-mana perjanjian terdahulu bahawa apa-apa hak atau peruntukan
tersebut masih kekal selepas penamatannya.
Penepian
52. Jika anda melanggar mana-mana
bahagian dalam Syarat-syarat Pembelian ini dan kami tidak mengambil tindakan,
ini tidak bermakna bahawa kami mengetepikan hak kami terhadap anda, dan kami
masih berhak untuk melaksanakan hak dan remedi kami kemudian hari atau dalam
mana-mana situasi lain apabila anda melanggar lagi Syarat-syarat Pembelian ini.
Ketaksahan
53. Sekiranya satu atau lebih syarat
yang dinyatakan dalam Syarat-syarat Pembelian ini dianggap tidak sah, menyalahi
undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang
berwibawa, ia akan dianggap terubah suai sehingga takat minimum yang perlu untuk
menjadikannya sah, menurut undang-undang dan boleh dikuatkuasakan dan
syarat-syarat yang selebihnya akan terus menjadi sah dan boleh dikuatkuasakan.
Privasi
54. Maklumat peribadi, seperti butiran hubungan anda, yang anda berikan kepada kami semasa proses Pesanan akan disimpan dan digunakan oleh kami mengikut
Di Ifan Music & Art Enterprise (www.ifanpro.online), kami komited dalam melindungi maklumat peribadi dan privasi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA).
Sila
baca Polisi Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan maklumat
peribadi yang kami perolehi daripada anda. Dengan memberikan maklumat peribadi
anda kepada kami, anda dengan ini memberikan kebenaran dengan Polisi Privasi
ini dan dengan pengumpulan, penggunaan, akses, pemindahan, penyimpanan dan
pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang tertakluk dalam Polisi Privasi
ini.
54.1. Pengumpulan dan
Sumber Data Peribadi
54.1.1
Kami boleh mengumpul dan mendapatkan data peribadi anda daripada pelbagai sumber
tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
i.
Secara terus daripada anda dengan apa juga cara permintaan
ii.
Diperoleh daripada sumber yang telah diterbitkan atau melalui sumber lain yang
sah
iii.
Melalui laman web atau daripada simpanan dalam laman sesawang;
iv.
Diperoleh daripada pelbagai entiti atau Divisyen didalam Kumpulan Syarikat; dan
v.
Diperoleh daripada pihak ketiga.
54.1.2
Bagi tujuan Notis Privasi ini, Data Peribadi bermaksud maklumat berkenaan anda,
daripada anda dikenalpasti, termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama anda,
umur, telefon, telefon peribadi dan nombor faks, alamat email, alamat tempat
tinggal dan/atau pejabat, number passport atau nombor kad pengenalan, jantina,
tarikh lahir, status perkahwinan, bangsa, warganegara, pekerjaan, maklumat anak-anak,
gambar, dan suara atau sebarang bentuk audio dan/atau video, anggaran
pendapatan, maklumat majikan terkini atau sebelum, maklumat bank, keutamaan
atau kesukaan peribadi andabagi membolehkan pihak kami menyesuaikan memberikan
perkhidmatan kepada anda dan sebarang maklumat lain tentang anda untuk
diberikan kepada kami dari masa ke semasa.
54.2. Tujuan Pengumpulan
Data Peribadi
Data
peribadi anda yang diberikan akan diproses oleh kami bagi tujuan berikut jika
berkenaan:
i.
Memberikan penjagaan kepada pelanggan dan meningkatkan kepuasan pengguna
termasuklah tetapi tidak terhad kepada menyelesaikan aduan, berhubung dengan
atau maklumbalas kepada sebarang permintaaan dan pertanyaan.
ii.
Mempromosi, Mengiklan dan meningkatkan perkhidmatan kami;
iii.
Sumber Manusia, tujuan pengambilan pekerjaan.
iv.
Simpanan dan memproses data peribadi berkaitan pengguna, pembekal dan lain-lain
di dalam sistem simpanan data;
vi.
Bagi tujuan mengeluarkan bil, cukai dan/atau audit;
vii.
Bagi tujuan informasi dan keselamatan, termasuklah tetapi tidak terhad kepada
menguruskan e-mail, mengawal dan memeriksa sebarang isu berkaitan keselamatan,
mudah terdedah dan/atau insiden berkaitan;
viii.
Tujuan perundangan (termasuklah tetapi tidak terhad kepada mendapatkan khidmat
nasihat dan penyelesaian perbezaan pendapat;
ix.
Mendedahkan data peribadi kepada agensi kerajaan dan/atau pihak ketiga yang
dibenarkan di dalam akta dan/atau dibawah tanggungjawab kami; dan
x. Bagi
tujuan yang munasabah dalam sebarang transaksi.
54.3. Pendedahan
Data
peribadi anda boleh didedahkan oleh Syarikat kepada pihak yang berkaitan:
i.
Agensi penguatkuasa undang-undang.
ii.
Agensi Kerajaan
iii.
Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, pengeluar, pembekal
perkhidmatan dan/atau penasihat berkelayakan.
iv.
Syarikat dan/atau organisasi yangmembantu kami memproses dan/atau melengkapkan
transaksi dan memberikan permintaan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda.
v.
Rakan perniagaan kami dan pihak lain yang berkaitan bagi tujuan mengumpul dan
menggunakan maklumat peribadi anda.
vi.
Sebarang agensi kewangan, agen pengutip hutang yang dibenarkan dalam
undang-undang tetapi tertakluk kepada yang dibenarkan kepada kami.
vii. Pihak lain yang mana anda telah berikan kebenaran secara tertulis atau tersirat.
54.4. Perlindungan Data
Kami
akan menyimpan dan proses data anda secara selamat. Kami berazam untuk melaksanakan
pentadbiran yang bersesuaian dan melindungi keselamatan dan prosedur berdasarkan
undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi mengelakkan data peribadi anda
diproses tanpa kebenaran atau tidak sah serta data peribadi anda hilang atau
musnah.
54.5. Simpanan
Kami
akan menyimpan maklumat peribadi anda berdasarkan pematuhan kepada Polisi ini
dan/atau mengikut terma dan syarat perjanjian anda dengan Ifan Music & Art Enterprise bagi tempoh perhubungan anda dengan
kami. Kami juga akan menyimpan maklumat berkaitan jika perlu bagi melindungi
kepentingan Ifan Music & Art
Enterprise dan/atau pelanggan kami. Oleh itu, kami berhak untuk menyimpan
maklumat peribadi anda apabila diperlukan oleh undang-undang dan/atau polisi Ifan Music & Art Enterprise yang
berkaitan. Kami juga akan mengambil langkah yang munasabah bagi memastikan
semua data peribadi anda dimusnahkan secara tetap jika tidak lagi diperlukan
bagi tujuan ianya diproses.
54.6. Kesan
Jika
ditujukan (seperti contoh dalam borang pendaftaran/permohonan), adalah wajib
bagi anda memberikan maklumat peribadi anda bagi membolehkan kami memproses
permohonan anda bagi Produk dan/atau Perkhidmatan kami. Jika anda menolak untuk
memberikan maklumat peribadi anda, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan
anda atau memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan kami.
54.7. Semakan & Pembetulan
Jika
anda berhasrat untuk menyemak maklumat peribadi anda dalam pegangan kami, atau
jika di dalam pendapat bahawa maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami
tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, tidak relevan atau bukan yang
terbaru, anda boleh membuat permintaan dengan menghantar email kepada firadyanie@gmail.com / emailpro@ifanaffiliate.site. Jika
anda mempunyai sebarang pertanyaan, kerisauan atau aduan berkaitan Polisi
Peribadi ini, sila hubungi +6012-632 4529
semasa waktu pejabat (diantara 9.00am hingga 5.00pm, Isnin hingga Jumaat).
54.8. Kebenaran Pihak Ketiga
Dalam
situasi yang mana kami mungkin memerlukan atau berurusan dengan pihak ketiga
yang diberikan anda (seperti orang untuk dihubungi ketika kecemasan, rujukan,
peguam, kontraktor, pegawai kewangan atau yang lain berkaitan). Kami percaya
anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga tersebut bagi
membolehkan kami memproses data peribadi mereka.
54.9. Perubahan kepada Polisi Syarikat
Kami mungkin
mengubah Polisi Peribadi ini dari masa ke semasa dan versi yang terbaru akan
digunapakai dan mengambil tempat keatas versi yang terdahulu, termasuklah
tetapi tidak terhad kepada versi yang telah diterbitkan atau risalah lain. Sila
semak laman web syarikat bagi mendapatkan versi yang terbaru.
Penyelesaian Pertikaian
55. Sekiranya anda ada pertikaian dengan kami, sila cuba selesaikannya dengan kami secara tidak rasmi dengan menghubungi kami di talian +6012 632 4529 atau firadyanie@gmail.com / emailpro@ifanaffiliate.site.
Undang-undang dan Bidang Kuasa
56. Syarat-syarat Pembelian ini akan
dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, dan anda dengan
ini bersetuju menerima keputusan bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia
yang tidak boleh ditarik balik.
Konflik
57. Sekiranya terdapat apa-apa konflik
antara Syarat-syarat Pembelian ini dalam bahasa Malaysia yang sepadan dengannya
maka Syarat-syarat Pembelian dalam bahasa Malaysia akan mengatasinya.
Notis
58. Semua notis, permintaan dan
komunikasi lain boleh dihantar kepada kami di:
Alamat: T1-6-3A, Pangsapuri Desamas, Jalan DM 1, Taman Desamas, 48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Nombor telefon: +6012-632 4529
[Call/WhatsApp/SMS – 24 hours except Saturday & Sunday + Public Holidays]
E-mel: firadyanie@gmail.com /
emailpro@ifanaffiliate.site.
No comments:
Post a Comment